Beijing:
Nasib seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV yang dilapor mahu
diusir oleh 200 penduduk kampung mencetuskan perdebatan hangat di China
semalam.
Kes itu membuktikan penderitaan yang dihadapi pesakit HIV di negara itu yang berdepan dengan diskriminasi secara berleluasa.
Penjaga
kanak-kanak itu yang juga datuknya, antara penduduk kampung di Sichuan,
wilayah di barat laut China yang menandatangani petisyen untuk mengusir
budak berusia lapan tahun itu, dengan alasan untuk melindungi kesihatan
penduduk kampung.
Akhbar
Global Times melaporkan, kanak-kanak itu dijangkiti virus berkenaan dari
ibunya dan disahkan menghidap HIV ketika menjalani rawatan kecil pada
2011.
Laporan
sebelum ini menyatakan, budak itu yang diberi nama Kunkun oleh media
China, tidak dibenarkan memasuki sekolah tempatan sementara penduduk
kampung berusaha mengelak daripada bertembung dengannya.
0 Komentar untuk "Kanak-Kanak Diusir Keluar Kampung Kerana Dijangkiti Virus HIV"