Cuma berlagak bagai doktor gigi profesional,
pelanggan pun datang perpusu-pusu mendekati ‘doktor gigi kaki lima’
untuk mendapatkan rawatan yang boleh dianggap murah dan sangat cepat.
Tanpa mengira kesan sampingan yang bakal
menimpa, pelanggan yang kebanyakannya golongan berpendapatan rendah
merelakan gigi mereka digodam oleh ‘doktor tak bertauliah’ agar sakit
pulih seperti biasa.
‘Klinik gigi kaki lima’ dipercayai milik
warga China ini, ligat beroperasi di kawasan Jalan Pasar, berhampiran
Pasar Pudu yang nyata punyai persekitaran kurang bersih.
Tinjauan portal The Rakyat Post mendapati
khidmat mencabut, mencuci dan menanam gigi palsu yang ditawarkan warga
China ini mendapat sambutan masyarakat marhaen ekoran harga yang jauh
lebih murah berbanding bayaran klinik pergigian swasta.
Hanya bermodalkan meja, kerusi dan beberapa
peralatan pergigian lain ‘doktor gigi’ ini selamba menjalankan operasi
tanpa mengutamakan faktor kebersihan.
Lebih memeranjatkan, khidmat menampal gigi berlubang turut ditawarkan menggunakan penggerudi gigi elektrik sebelum ditampal dengan serbuk yang dicampur bahan kimia.
Bukan sahaja persekitaran yang menjijikkan, ‘doktor gigi’ ini dengan selamba merawat pesakit tanpa memakai sarung tangan sekaligus boleh menimbulkan perasaan loya buat yang memandang.
Peralatan yang
telah digunakan juga hanya dibasuh menggunakan air paip tanpa sabun
mahupun cecair pembasmi kuman.Kelihatan, pelanggan yang selesai
menjalani rawatan gigi akan diberi segelas air untuk berkumur-kumur. Air
kumuran yang mengandungi sisa darah pula hanya diludah ke longkang
berhampiran.
Kebanyakan ‘doktor gigi kaki lima’ ini tidak boleh bercakap bahasa Inggeris dan hanya bertutur bahasa Mandarin.
Menurut papan harga yang diletakkan, khidmat mencabut dan menampal sebatang gigi hanya dikenakan caj RM5, manakala memasang gigi palsu pula cuma RM20 sebatang.
- MYNEWSHUB.CC
Menurut papan harga yang diletakkan, khidmat mencabut dan menampal sebatang gigi hanya dikenakan caj RM5, manakala memasang gigi palsu pula cuma RM20 sebatang.
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Inilah ‘Klinik Gigi’ Di Kaki Lima KL Yang Sangat Pelik"