Hospital Beelitz-Heilstatten merupakan sebuah kompleks hospital dengan 60 bangunan di barat daya ibu kota Jerman yang dibina akhir abad ke-19. Awalnya, hospital ini dibina untuk membantu pemulihan pesakit batuk kering, penyakit yang merebak di Berlin saat itu.
Semasa perang,hospital yang juga dikenali dengan nama Beelitz Sanatorium ini kemudian diubah menjadi hospital tentera. Di antara pesakitnya adalah Hitler yang dirawat kerana kecederaan paha ketika Pertempuran Somme (Battle of Somme).
Kompleks hospital ini tidak hanya mempunyai kemudahan rawatan dan perubatan, tetapi juga berfungsi sebagai desa kecil yang dilengkapi dengan kedai daging, pejabat pos, restoran, kedai roti, dan sebagainya.
Semasa Perang Dunia II, sebahagian bangunan dibom oleh Allied Forces. Dan di tahun 1945 bangunan ini digunakan oleh pihak Soviet menjadi hospital tentera Soviet sehingga tahun 1990. Tentera Soviet kemudian meninggalkan tempat ini pada tahun 1995.
Beberapa bahagian di hospital ini digunakan sebagai pusat pemulihan neurologi untuk membantu mereka yang menderita penyakit Parkinson. Di tahun 2000, hospital ini rasmi ditutup dan kompleks ini dibiarkan terbengkalai.
Seperti dilapor Daily Mail, kerana suasananya yang menyeramkan dan mencengkam, hospital ini dipilih sebagai lokasi penggambaran filem yang pernah memenangi Oscar, The Pianist dan Valkyrie, yang dibintangi Tom Cruise.
0 Komentar untuk "Gambar Hospital Beelitz-Heilstatten yang sangat menyeramkan"