>>>>>

Warga Emas 91 Tahun Dirogol Remaja 17 Tahun


LANARKSHIRE – Seorang remaja berusia 17 tahun, Kriss Strachan mengejutkan penduduk di Bellshill selepas dia mengaku merogol seorang warga emas berusia 91 tahun hingga menyebabkan wanita itu mengalami trauma berpanjangan.

Strachan menyerah diri kepada polis atas arahan ibunya. Dia kemudiannya dibuang keluarga dan ibunya juga tidak mahu lagi mempunyai hubungan dengan Strachan kerana malu akibat perbuatan menjijikkan itu.

Sebelum kejadian, Strachan telah minum minuman keras bersama rakannya di dalam satu parti, sebelum dia memasuki rumah wanita itu yang juga jirannya dan meminta untuk melakukan hubungan seks.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur. Dia cuba melawan dan berjaya mencakar wajah remaja itu. Wanita bagaimanapun gagal melawan.

Selepas merogol wanita itu, dia pulang ke rumah. Manakala wanita itu mengadu kepada jirannya bahawa dia telah dirogol dan polis dipanggil ke rumahnya.

“Saya berasa diri saya sangat kotor dan saya berbisik kepada pegawai polis yang datang bahawa saya rasa seperti mahu mati,’’ katanya mangsa ketika memberi keterangan di mahkamah.

Mangsa yang menetap di rumah berkenaan sejak 40 tahun, kini menjadi terlalu takut dan berpindah ke rumah anak perempuannya.

Sementara nasib Strachan pula akan ditentukan oleh mahkamah bulan depan.
0 Komentar untuk "Warga Emas 91 Tahun Dirogol Remaja 17 Tahun"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info