>>>>>

Muat Naik Gambar Sedang Menyusukan Anak Selepas Tamat Konvokesyen,Mahasiswi Ini Mendapat Perhatian


Foto seorang mahasiswa Australia yang tengah menyusukan bayi saat masih menggunakan jubah lengkap menuai simpati. Foto ini akan tersebar luas dijejaring sosial media.

Jacci Sharkey, mahasiswi berusia 24 tahun asal Queensland ini akan menemui Alex, bayinya yang berusia enam minggu selesai acara tamat pengajian. Tanpa melepas toga dan jubah selepas tamat pengajian dari University of the Sunshine Coast (USC), ia bergegas menyusukan bayi mereka. Kakak ipar Jacci mengabadikan detik-detik tersebut.

Perempuan muda ini lalu menggunggah foto tersebut ke laman kampusnya, ia menyelitkan ucapan terima kasih kerana akhirnya boleh lulus walaupun melalui masa akhir kuliah dengan kehamilan dan proses melahirkan.

Awal November lalu, pihak kampus memuat foto Jacci di laman fesbuk kampus tersebut. Tak disangka, reaksi netizen atas foto itu sangat positif.


Jacci mendapat 100,000 like, 3,400 komen dan 2,700 orang menyebarkan foto tersebut.

Sharkey mengaku sangat terkejut dan takjub dengan reaksi yang didapatnya di jejaring sosial. "Saya tak pernah menyangka kalau kemudian merebak seperti itu. Tadinya saya cukup senang kalau mendapat 100 like, tetapi ternyata luar biasa, diluar kawalan," ujarnya kepada media Australia, ABC.

"Banyak komen yang mengucapkan terima kasih dari orang-orang. Sebahagian mengatakan mereka takut mula kuliah kalau baru punya anak, tetapi saya sudah membuktikannya."

Sharkey lulus dari ilmu kajian pengurusan sumber manusia. Ia mengaku ingin diambil gambar seperti itu sebagai ucapan terima kasihnya kepada universiti, sekaligus menyampaikan mesej pada para ibu bahawa menjadi ibu sambil kuliah adalah hal yang boleh dilakukan.


"Ini bukan bermaksud untuk menyampaikan mesej tentang menyusukan anak. Kalau seandainya pun anak saya makan roti, akan saya hantar ke pihak kampus," tambah dia.

"Kita tidak perlu menyerah kerana punya anak, dan jangan juga jadi tidak punya anak kerana mengejar karier. Kita boleh mendapatkan kedua-duanya," ujarnya.

Kedua anak Sharkey, Ari, berusia 20 bulan, dan Alek, yang berusia enam minggu, lahir saat dia berkuliah selama 3.5 tahun di universiti. Ia mengaku pihak kampus sangat membantu dirinya dan ibu-ibu lain. Mereka mengijikan ibu-ibu membawa anaknya ke kelas.
 
0 Komentar untuk "Muat Naik Gambar Sedang Menyusukan Anak Selepas Tamat Konvokesyen,Mahasiswi Ini Mendapat Perhatian"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info