Manusiakah Jillian Tait dan teman lelakinya, Gary Fellenbaum?
Dalam satu perbicaraan yang sedang berlangsung di mahkamah dan meraih perhatian ramai di Amerika Syarikat, pasangan ini didedahkan tergamak mengadakan hubungan seks dan makan piza sambil mendera kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun sampai mati.
Tait dan Fellenbaum didakwa atas tuduhan mendera anak lelaki Tait sampai mati termasuk dengan cara menggantung kaki ke atas kepala ke bawah, mengikat di kerusi dan memukul dengan bermacam-macam objek termasuk kuali dan batang besi.
Antara kisah paling mengejutkan yang terbongkar ketika prosiding mahkamah adalah bagaimana pasangan yang tinggal di rumah mobil terletak di Chester County, Pennsylvania ini melakukan hubungan seks, makan piza dan ketawa terbahak-bahak sambil mendera mangsa.
Peguamcara Thomas Hogan malah memulakan sesinya dengan ayat, “Mari saya ceritakan sebuah kisah ngeri yang berlaku di Amerika..”
“Si kecil Scotty McMillan dah mati. Dia mati selepas ditumbuk di muka dan perut, dibedal dengan cambuk dan batang besi, diikat pada kerusi sebelum dipukul, digantung kaki ke atas, kepalanya dihempuk ke dinding dan penghujungnya, si kecil mempunyai tanda lebam di seluruh badan.”
Pasangan itu dikatakan hanya mula berasa cemas dan menelefon paramedik selepas melihat mangsa tidak lagi bergerak.
Mahkamah diberitahu, keadaan mangsa ketika tiba di hospital terlalu menyedihkan hingga para jururawat di unit kecemasan menitiskan air mata.
Selain mangsa, pasangan tersebut dikatakan menjaga seorang lagi budak lelaki berusia 6 tahun yang turut didera dan kini berada di bawah jagaan saudara mara.
Susulan kejadian ini pihak polis turut menahan wanita bernama Amber, bekas isteri Fellenbaum yang turut tinggal bersama pasangan ini di rumah terbabit atas dakwaan sama. -
0 Komentar untuk "Ibu & Teman Lelaki Bunuh Anak Sambil Makan Piza, Lakukan Seks"