Seorang wanita di Londan mengalami penderitaan kulit yang amat teruk gara-gara digigit pepijat yang terdapat pada tilamnya.
Carol Knight, 41, juga terpaksa membakar tilam dan beberapa perabot lain kerana habis rosak akibat digigit serangga berbisa tersebut.
Carol berkata, dia telah memanggil pengawal serangga bagi memusnahkan serangga tersebut namun tidak berhasil kerana selepas beberapa hari, beribu-ribu pepijat akan kembali hadir menghantui hidup Carol dan menghisap darahnya.
Situasi digambarkan bertambah teruk pada waktu malam menyebabkan Carol mengalami kesukaran untuk tidur kerana terseksa dengan kegatalan pada seluruh badan.
Carol memaklumkan, keadaan kulitnya bertambah teruk dari hari ke hari dan kelihatan menjijikkan.
Bagaimanapun Carol menyatakan, dia akan terus berusaha untuk menghalau pepijat dengan mengupah pelbagai pengawal serangga dengan harapan masalah ini akan selesai akhirnya.
Meskipun pepijat dibunuh namun telur-telur tersebut akan meneruskan legasi keturunannya sebagai penghisap darah manusia.
Antara cara yang boleh dilakukan bagi memusnahkan pepijat adalah merendam kesemua cadar dengan air panas dan menjemur tilam dan bantal di bawah cahaya terik matahari.
Jadi pastikan, rajin-rajin cuci tilam dan tempat tidur anda agar terhindar daripada gangguan hama dan pepijat seperti dialami Carol!
0 Komentar untuk "Gambar: Padah Tak Rajin Bersihkan Tempat Tidur"