(GAMBAR) 'FLASH MOB' PALING MENGGODA DI KHALAYAK UMUM | Seorang
wanita berjaya menarik perhatian beratus-ratus orang dalam masa
beberapa minit apabila beliau secara sengaja mula menanggalkan
pakaiannya sehelai demi sehelai sehingga hanya bikini menutupi tubuhnya
di jalan Mongkok yang sibuk.
Wanita yang
berusia dalam lingkungan 20-an itu muncul di kawasan pejalan kaki di
Jalan Sai Yeung Choi di Mongkok bersama dua rakan lelakinya petang
Jumaat lepas.
Wanita
berkenaam menanggalkan pakaiannya dan beraksi dengan pelbagai gaya,
betinggung, dan duduk di atas lantai dan pada masa yang sama dua rakan
lelakinya mula mengambil gambar.
Ada satu
ketika, beliau telah membaling topeng Godzilla yang dipakainya dan ini
telah menarik perhatian beratus-beratus orang ramai yang menggunakan
jalan tersebut.
Tanpa mempedulikan orang ramai, wanita berkenaan kemudiaannya menyarung kembali pakaiannya dan meninggalkan tempat tersebut.
Seorang pekerja
sosial, Lam Keung mendakwa penduduk-penduduk di bandar itu kini minda
mereka sudah terbuka. Kebanyakan orang muda di situ merasakan ianya
perkara normal jika menayangkan tubuh masing-masing di tempat umum.
0 Komentar untuk "(GAMBAR) 'FLASH MOB' PALING MENGGODA DI KHALAYAK UMUM"