Thailand terkenal
dengan destinasi bercuti dengan pulau-pulaunya yang indah. Namun kali
ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu
Taman 'Neraka'. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden atau
Thailand Hell Horror Park. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di
Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan keadaan di
'Neraka' dari sgi pengamatan mereka. Di pintu masuk para pelancong
memang disambut dengan tulisan Selamat datang di 'NERAKA'. Selain itu
yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang
menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.
Pelancong boleh
melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa.
Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali
bersalut tembaga. Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup
oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan
kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak
kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita sentiasa beringat untuk
mengelakkan daripada melakukan dosa..
Sumber: Zamrispoon.blogspot.com
0 Komentar untuk "Taman 'NERAKA' yang Menggerikan dan Menyeramkan Di Thailand.."