Pemandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur |
Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan
yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau
keadaan di sekelilingnya.
Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google di Wikipedia Google Street View.
Pemandangan di Kg Panji, Kelantan |
Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.
Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara
automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti
dalam gambar di bawah.
0 Komentar untuk " Perkhidmatan Google Street View Kini Boleh Digunakan Di Malaysia"