Seorang lelaki di
Brazil, selama dua hari dia menangiskan air mata bersama Dakwat kerana
kedua biji matanya di tatu. Dakwat yang ada dimatanya membuat lelaki ini
harus mengeluarkan air mata yang bercampur dengan dakwat Tatu.
Budaya mentatu
tubuh sudah sering dilakukan oleh ramai orang dan rasanya pun sangat
sakit, namun apa rasanya apabila biji mata yang sangat sensitif ditatu?
Pasti rasanya sangat sakit. Lelaki Brazil bernama Rodrigo Fernando yang
hampir seluruh tubuhnya dipenuhi tatu menginginkan dua buah biji matanya
di tatu juga agar seluruh tubuhnya ada tatu tanpa terkecuali bahagian
mata .
Proses mentatu yang
dilakukan di biji mata Rodrigo Fernando dibantu oleh doktor mata,
prosesnya dengan cara memasukan beberapa dakwat tato kebahagian sclera ,
iaitu lapisan pelindung di luar mata. Proses memasukan dakwat ke biji
mata sendiri sebenarya tidak selamat sebab boleh saja membuat jangkitan
dan yang mengakibatkan kebutaan sehinga harus benar benar orang yang
profesional dalam melakukan ini untuk proses tatu mata .
Rodrigo Fernando
sendiri mengaku selama dua hari ia menangis air mata dakwat sebab air
matanya bercampur dengan dakwat tato . Namun kini kedua mata Rodrigo
Fernando sudah penuh dengan tatu dan berubah menjadi sangat gelap oleh
dakwat tato .
0 Komentar untuk " PELIK!! Lelaki Ini Menangis Air Mata Dakwat Kerana Tatu Biji Matanya.."