China - Seorang
Bapa bernama Zhong Lo, 30 tahun bertindak kejam apabila memukul anak
lelakinya berusia tiga tahun sebelum menghantar gambar badan kanak-kanak
tersebut yang dipenuhi kesan lebam di internet dalam usaha untuk
memaksa bekas isterinya kembali pangkuannya.
Dalam mesej memujuk
bekas isterinya Cai Lifen, 20, yang meninggalkan dia pada bulan Januari
tahun ini, beliau merayu isterinya untuk pulang sebelum menipu telah
memukul kanak-kanak itu sehingga mati.
Beliau menulis 'Saya akan memukulnya sehingga jam 6 pagi, Matahari telah terbit, Haha, dia tidak mati lagi. Saya akan mengambil masa saya.'
Menurut laman media
sosial di mana gambar-gambar itu dimuat naik, anak malang itu dipukul
bermula pada bulan Februari tahun ini sebagai tindak balas kepada isteri
yang meninggalkan Zhong.
Dalam mesej lain bersama gambar badan anaknya yang dipenuhi darah, Zhong mencatatkan "Isteri saya, saya suka anda. Janganlah kita bercerai.”
“Anak kami tidak bersalah.”
Ini diikuti dengan
beberapa mesej marah di sebelah gambar berkenaan mengatakan bahawa anak
mereka “Akhirnya mati. Saya telah patahkan lehernya di bawah kaki saya.”
Mengikut Saudara Cai Lifen berkata "Zhong mempunyai sejarah penyalahgunaan da dah dan keganasan rumah tangga ke atas Cai.”
“Itulah puncanya dia meninggalkan Zhong.”
Pengarah Jabatan
Anti Pemerdagangan Orang di China berkata anak kecil itu ditemui selamat
di rumah datuknya dan sedang menerima rawatan, dan Polis masih
menjalankan usaha untuk memburu Zhong yang melarikan diri.
Beliau berkata: "Ini adalah contoh kisah penderaan kank-kanak dan suspek patut menerima hukuman yang paing keras."
“Dia memukul anaknya bertujuan untuk memaksa isterinya kembali kepadanya supaya keluarganya boleh membiayai di membeli da dah.
“Kami tidak akan berehat sehingga lelaki ini diberkas.”
0 Komentar untuk "Bapa Pukul Anak Kemudian Muat Naik Di Internet Untuk Paksa Bekas Isterinya Pulang"