Wanita 'Berpayudara Tiga' Hanyalah Seorang Penipu – Snopes
Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita yang bernama Jasmine, dari Florida, yang mengatakan dia telah membuat pembedahan plastik bernilai $20,000 bagi menambah satu lagi payudara menjadikan jumlah payudaranya sebanyak tiga.
Tetapi, laman web Snopes.com, laman web yang merungkai kesahihan berita viral di internet, menyatakan bahawa Jasmine adalah seorang penipu.
Buktinya? Hessler sebelum ini pernah membuat satu laporan polis pada awal September mengenai kehilangan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa dan senarai barang yang hilang termasuklah satu set ‘payudara tiruan kembar tiga’. Laporan itu diterima oleh media tempatan Tampa, 10 News, daripada lapangan terbang tersebut.
Snopes juga memberitahu, pembedahan plastik mengambil masa berbulan-bulan untuk siap, dan gambar Hessler dari bulan Disember 2013 tidak menunjukkan sebarang tanda pembedahan.
Berkenaan gambar dan video pula, kesemua mereka dirakam sendiri.
Jasmine sebelum ini pernah melakukan beberapa penipuan sehinggakan satu rumah urut memanggilnya ‘Provider of Internet Hoaxes’.
Kenapa Jasmine mengaku dia kini mempunyai tiga payudara? Kerana Jasmine adalah seorang ‘attention whore’ dan katanya dia sudah menempah domain www.jasminetridevil.com dan juga mempunyai laman Facebook sendiri… Nampak sangat attention whore – SiakapKeli.com
0 Komentar untuk "Wanita 'Berpayudara Tiga' Hanyalah Seorang Penipu – Snopes"