SEORANG wanita warga Romania mendakwa neneknya yang meninggal dunia telah menghubunginya dari ‘kubur’ dengan mengirimkan gambar selfie. Gina Mihai, 34, berkata, dia menemui sekeping gambar mendiang neneknya di dalam telefon bimbitnya dan mempercayai roh neneknya itu sedang cuba untuk mendapatkan bantuan selepas seorang tukang tilik nasib memberitahunya bahawa neneknya sedang dihukum ‘di dalam kehidupan lain’.
“Saya terkejut selepas melihat wajah nenek saya yang telah meninggal
dunia di dalam telefon bimbit,” katanya. Mihai berkata, di dalam gambar
itu terdapat sesuatu kelihatan seperti seekor ular yang melingkari leher
mendiang neneknya, dan keseluruhan imej kelihatan seperti diambil
menerusi satu lubang seolah-olah sebagai gambaran yang memisahkan antara
yang hidup dan yang mati.
Tambahnya: “Saya menunjukkan gambar itu kepada seorang tukang tilik
nasib yang kemudiannya memberitahu saya bahawa mendiang nenek saya cuba
untuk menyampaikan mesej dari alam lain, dan ular yang melingkari
lehernya merupakan simbol dia sedang dihukum dari dunia lain kerana
melakukan dosa.
Mihai percaya dia mungkin antara punca mendiang neneknya dihukum kerana
tidak membawa makanan ke kubur neneknya, satu penghormatan secara
tradisi yang dilakukan sebagai sedekah semasa perayaan orang Romania. –
metro.co.uk
0 Komentar untuk "Mendiang Nenek Kirim Gambar Selfie Dari Dalam Kubur"