>>>>>

Kanak-Kanak Perempuan Dikerat Dijumpai Dalam Beg Plastik


TOKYO: Tubuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dikerat dijumpai di dalam beberapa beg plastik berhampiran rumahnya di Kobe.

Polis berkata, ujian DNA mengesahkan anggota badan yang dikerat itu adalah kanak-kanak perempuan, Mirei Ikuta yang hilang di Bandaraya Kobe pada 11 September lalu.

Gambar Mirei Ikuta dikeluarkan oleh polis selepas dilaporkan hilang pada 11 September. Sumber

Gambar Mirei Ikuta dikeluarkan oleh polis selepas dilaporkan hilang pada 11 September. Sumber

Laporan media menyatakan polis sedang menyoal siasat seorang lelaki berusia 47 tahun yang tinggal di kawasan perumahan berkenaan.

Satu gerakan mencari dilancarkan selepas Mirei tidak kembali ke rumah dua minggu lalu, tetapi polis tidak mendapat apa-apa petanda sehingga beberapa beg plastik berbau busuk dijumpai di kawasan semak kira-kira 100 meter dari rumah kanak-kanak terbabit semalam.

Menurut polis, beg itu mengandungi kepala, bahagian atas badan dengan tangan dan kaki.


Seorang pegawai polis dilihat berhampiran tempat di mana mayat Mirei Ikuta ditemui di Nagata Ward, Kobe, pada petang Selasa. Sumber

Seorang pegawai polis dilihat berhampiran tempat di mana mayat Mirei Ikuta ditemui di Nagata Ward, Kobe, pada petang Selasa. Sumber

Beberapa anggota badan lain masih belum dijumpai.

Pakaian dan selipar yang dipercayai milik kanak-kanak itu dijumpai di tempat sama. – AFP
0 Komentar untuk " Kanak-Kanak Perempuan Dikerat Dijumpai Dalam Beg Plastik"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info