GOMBAK: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.
Suami mangsa yang hanya mahu dikenali
sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua
lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung
Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika
isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum
diserang kedua-dua suspek.
“Isteri saya yang ketika itu berada di
ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian
berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.
“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.
- Harian Metro
0 Komentar untuk "Atuk ‘Terajang’ Perogol Berbogel"