Kulim
– Seorang wanita berusia lingkungan 30-an maut selepas disyaki membakar
dirinya di dalam tandas awam wanita di Medan Selera Taman Tunku Putra
berhampiran Pasar Awam Kulim, di sini, pagi ini (semalam).
Dalam
kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, mangsa yang belum dikenalpasti
identiti dipercayai membakar dirinya dalam tandas berkenaan.
Ketua
Polis Daerah Kulim Deputi Superintendan Abdullah Arshad berkata, wanita
terbabit ditemui dalam keadaan terbakar sebelum orang ramai yang
menyedari kejadian itu cuba membantu dengan memadamkan api, namun gagal.
“Mangsa gagal diselamatkan. Dia mengalami kebakaran hampir 90 peratus badan menyebabkan maut di situ.
“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya. – Harian Metro
0 Komentar untuk "Wanita Maut Bakar Diri Dalam Tandas Awam Di Medan Selera, Kulim"