Baby Walker ialah alat yang digunakan bagi melatih baby untuk berjalan.
Tiada siapa tahu siapakah yang mereka alat ini dan rekod paling awal
kewujudannya ialah pada tahun 1440 apabila ianya muncul di dalam lukisan
Hours of Catherine of Cleves. Sejak dari itu pelbagai rekaan wujud. Ada
yang diperbuat daripada bahan seperti bakul dan ada juga diperbuat
daripada kayu. Kesemuanya nampak tidak selesa digunakan. Tahukah anda di
Kanada Baby Walker diharamkan penjualannya sejak 2004? Ini adalah
kerana terdapat banyak kes bayi cedera ketika menggunakannya. Jadi baby
walker diharamkan di Kanada. Jika anda memilikinya anda akan didenda
Dollar Kanada 100 000.


0 Komentar untuk "REKAAN BABY WALKER ZAMAN DAHULU YANG MENAKUTKAN (13 GAMBAR) "