KAJANG – Seorang lelaki dipercayai dirodok dengan senjata tajam sehingga mati oleh abangnya gara-gara membawa makanan ke dalam bilik sembahyang.
Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, mangsa yang berusia 26 tahun
diserang abangnya berusia 34 tahun di kediaman mereka di pangsapuri
Sungai Jelok di sini.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa membawa pinggan
makanan ke dalam bilik sembahyang hingga menimbulkan rasa marah abang
sulungnya itu.
Menurutnya, suspek kemudian bertengkar dengan adik bongsunya itu
sebelum mencapai pisau dan menikam bahagian kanan perut adiknya itu.
Susulan itu ibu mangsa membawa mangsa mendapatkan rawatan di Wad Kecemasan Hospital Kajang. Mangsa bagaimanapun dilaporkan mati pada jam
10.30 malam kelmarin.
Berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, suspek yang bekerja sebagai
kelindan lori pernah mendapatkan rawatan psikiatrik di Hospital Kajang
sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, anggota polis forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor yang melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian berjaya menemui
pisau yang digunakan untuk membunuh mangsa, lapor Antarapos.
0 Komentar untuk "Mengerikan..!! Abang tikam adik hingga mati"