Solat
ialah tiang agama dan seorang Muslim wajib menunaikan solat mengikut
waktu. Apabila anda menaiki pesawat bersolat adalah agak sukar. Untuk
mengambil wuduk bahagian kaki sukar untuk disapukan air dan kalau nak
bersolat pula kena bersolat secara duduk dengan qiblat yang diagak.
Tetapi sekiranya anda menaiki pesawat Saudi Arabian Airline dan Iran
Air, ada ruang bersolat yang selesa disediakan di dalam pesawat
perjalanan jauh. Ianya lengkap dengan arah qiblat yang dipaparkan pada
skrin LCD dan ruang yang cukup selesa untuk bersolat. Kami difahamkan
ruang solat sebegini tidak ada pada pesawat yang membawa bakal haji ke
Saudi. Canggung juga ya. Kami berharap jika anda tahu sesiapa yang
memguruskan pesawat membawa jemaah ke tanah suci untuk mencontohi dua
syarikat penerbangan ini. Insyallah akan mendapat pujian penumpang.

0 Komentar untuk "Inilah Ruangan Solat Di Dalam Kapal Terbang Saudi Arabian Airline Dan Iran Air"