>>>>>

Amelia, Model Dari Bangladesh Yang Dikecam Kerana Ingin Jadi Peserta Miss World


Amelia Maltepe, seorang model glamor asal Bangladesh berusia 23 tahun yang kerap berpose buka-bukaan, membuat kenyataan kontroversi dan sensasi iaitu ia amat berminat untuk mengikuti pertandingan kecantikan Miss World.


Kaum wanita manapun boleh saja bercita-cita menjadi peserta kecantikan tersebut, namun yang menjadi masalah adalah dia merupakan seorang Muslim dan dibesarkan dalam keluarga muslim yang taat. Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Islam kebanyakan melarang pertandingan kecantikan yang mengeksploitasi tubuh wanita.

Adesh aka Amelia Maltepe ketika masih berusia 15 tahun di Dhaka pada 2006


Masalah belum cukup sampai disitu, kerana Amelia terlahir sebagai seorang lelaki bernama Adesh. Dia melakukan pembedahan penukaran jantina dan pemasangan implan pada payudaranya sehingga berukuran 34D pada tahun 2012. Untuk keperluan tersebut ia menghabiskan kos sebanyak 8,000 pound untuk memasang implan payudara, dan sebanyak 2,000 pound untuk menghilangkan rambut-rambut yang tidak diingini di seluruh tubuhnya dengan laser.

Amelia kerap berpose berani di media, dan ini salah satu fotonya


Amelia yang kini berstatus sebagai mahasiswa Perakaunan Perniagaan, kini tinggal bersama teman lelakinya yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan, Charles Dubuc (27 tahun).

Amelia Maltepe dan teman lelakinya yang kacak dan berotot, Charles Dubuc


Obsesinya ini menimbulkan kecaman keras di negaranya. Terlebih lagi, tahun lalu dia pernah bergambar seksi dengan bayaran besar di sebuah media Kanada di Toronto. Ia mengaku terinspirasi oleh Jenna Talackova, model transgender asal Kanada yang mengikuti pertandingan Miss World.

(The Sun, Daily Mail)

0 Komentar untuk "Amelia, Model Dari Bangladesh Yang Dikecam Kerana Ingin Jadi Peserta Miss World"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info