KUALA LUMPUR: Sebuah terowong bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di
persimpangan lampu isyarat Jalan Imbi berhampiran Jalan Pudu di sini,
runtuh menyebabkan laluan di situ jerlus sepanjang hampir 19 meter, pagi
tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.38 pagi itu, dua jentera bomba bersama
12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah dikejarkan ke
lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai mangsa terperangkap atau kemalangan jiwa dilaporkan. - Harian Metro
0 Komentar untuk "Terowong Bawah Tanah Runtuh Di Kuala Lumpur [5 Gambar]"