Bila namanya manusia takkan pernah tidak melakukan kesilapan.Tapi setiap
kesilapan dan kesalahan kita hendaklah kita cepat menyesali dan
bertaubat.
Tapi lain untuk kisah ini.Sanggup seorang anak memberi makan kepada
ibunya makanan haram.Semoga kisah ini memberi pengajaran dan teladan
kepada kita semua.
Tak
mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah benar yang
diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya di sebuah masjid dalam
kawasan Jengka baru baru ini.
Sekitar
awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di rumahnya
tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan Ramadhan , dia
meraung setiap hari bagaikan orang diserang histeria.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk diubati.
Pemuda
melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa menyayat hati.
Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia tinggal dengan ibunya.
Dia
seorang yang nakal dan liar. Tidak mengerjakan solat dan berpuasa.Suatu
hari ibunya meminta dia belikan lauk untuk berbuka puasa,lelaki itu
sedang tidur. Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh sang
ibu,dia tetap berdegill
Hingga
akhirnya dengan perasaan marah kepada si ibu yang terus memaksa, dia
terus ke pasar dengan hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk
ibunya memasak. Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda
berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia menangis lagi. Meraung
bagaikan dirasuk syaitan.Dalam sedu tangisnya dia bertanya ,
“Ustaz
tahu daging apa yang saya beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia
tidak tahu. “Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi
ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz tergamam tidak
terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang mampu diungkapkan.
Lelaki
30 an meneruskan cerita.Pernah satu hari dalam bulan Ramadhan saya
belikan daging ular yang siap dipotong untuk ibu saya menyediakan lauk
berbuka puasa ceritanya lagi. Saya bagi tahu ibu, saya belikan ekor
lembu untuk ibu buat sup. Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang
disangkakannya sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam
senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu lagi, ibunya
selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia. Selepas meninggal dunia
pemuda itu telah insaf dan bertaubat.
Tetapi
setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan Ramadhan, pemuda
itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi ibunya berbuka puasa dengan
daging babi dan ular.
Dia
tak mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang menyebabkan dia
akan menangis dan meracau setiap hari mengenangkan dosa dosanya kepada
si ibu yang sudah tiada di muka bumi ini.
Semua
ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu teruja sekali.
Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak yang sanggup memperlakukan
ibunya sendiri seperti dilakukan pemuda tadi.
Ustaz
menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan mengingatkan hadis nabi
beahawa malaikat berdoa , laknat Allah ke atas mereka yang yang
mengabaikan kedua ibu bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu
bapa boleh pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh
orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika mereka sudah
tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
0 Komentar untuk "Kisah '“Saya Beli Daging Babi, Ustaz !, Saya Berdosa, Ustaz” ! "