Taipei: Seorang lelaki pertengahan usia menjadi tumpuan kerana gaya rambutnya yang berbentuk empat segi tepat.
Lelaki yang
hanya dikenali dengan nama keluarganya, Wu, dikatakan berbuat demikian
kerana mahu dilihat muda oleh gadis yang sebelum ini menolak cintanya.
Wu,
54, saintis makmal perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Taiwan
dan berpendapatan kira-kira TWD70,000 (RM7,507) sebulan, masih bujang.
Menurutnya, dia mengenakan gaya rambut
itu kerana mahu kelihatan seperti lelaki berusia 20 atau 30-an tahun
dengan harapan gadis yang dulu menolak cintanya akan terpikat.
Untuk menggayakan rambut itu bukan mudah.
Wu
berkata, dia memerlukan dua botol gel dan menghabiskan dua jam untuk
membentuk gaya rambutnya itu dan hanya boleh menyikat sekali setiap 15
hari.
Lelaki
berkenaan yang menggunakan khidmat kereta api untuk berulang-alik ke
tempat kerja, menarik perhatian orang ramai hingga ada yang menggelarnya
‘Lelaki Berkepala Empat Segi.’-Agensi
0 Komentar untuk " Gaya Rambut ‘PETAK’ Untuk Nampak Muda"