Tindakan
tidak bertanggungjawab itu telah lama berlarutan walupun Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan PBB telah membuat
ketetapan supaya Israel menghentikan kekejaman dan keganasan ke atas
rakyat Palestin.
Namun,ramai
yang masih tidak tahu fakta-fakta penting disebalik konflik yang telah
mengakibatkan kemusnahan serta kehilangan nyawa kanak-kanak dan wanita
yang tidak berdosa,bermula tahun 1948.
1.
Gaza (termasuk Tebing Barat dan Timur Jerusalem) diperakui di bawah
undang-undang dunia serta mahkamah tertinggi dunia iaitu Mahkamah
Antarabangsa Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai wilayah sah milik
Palestin.
2.
Setiap bangsa Yahudi seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara
automatik. Sementara warga Palestin yang dilahirkan di tanah negerinya
sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar daripada
Palestin.
3.
Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan
kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan antara kaum
yahudi dan bukan yahudi.
4.
Jerusalem Timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap
oleh masyarakat Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel
dan bukan merupakan bahagian dari Israel.
5.
Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan
membagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di
kawasan Israel. Secara realitinya, Israel menyalurkan 85% air bersih
hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya
disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.
6. Amerika Syarikat (AS) memberi dana sebanyak 5 juta USD setiap tahun untuk Israel.
7.
AS boleh diumpamakan bagai lembu dicucuk hidung kerana terpaksa
memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar USD18 juta setiap
tahun. Paling memalukan,jumlah itu adalah sama dengan sumbangan Amerika
kepada keseluruhan benua Afrika yang masih hidup serba kedaifan hingga
kini.
8.
Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar USD4 juta daripada
AS yang terdiri daripada pesawat tempur F16, Apache dan Blackhawk. Oleh
kerana AS merupakan sekutu utama bagi Israel, maka mereka dengan rela
hati memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin
kemandirian hubungan dwi-lateral mereka.
9.
Majoriti pemimpin AS membantah penggunaan senjata tentera Israel,
khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 ketika pertempuran di
Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10.
Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak untuk
menandatangani larangan penambahan senjata nuklear. Mereka juga tidak
membenarkan pasukan penyiasatan PBB untuk memeriksa tempat penyimpanan
nuklear mereka.
11.
Jeneral Tertinggi Israel mengakui secara terang-terangan bahawa tentera
Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan.
12.Tahukah
anda bahawa Israel telah meledakkan kediaman Diplomat Amerika dan
menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada
tahun 1967. Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera Amerika dan
mencederakan 177 yang lainnya, tetapi Amerika tidak mengambil sebarang
tindakan terhadap Israel hanya dengan alasan bahawa tentara Israel
tersalah sasaran. Sekarang, bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh
negara Islam?
13,
Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB.
Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan
seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB?
14.
Mahkamah Agung Israel telah meletakkan Perdana Menteri Ariel Sharon
sebagai suspek di dalam kes pembunuhan ramai – ramai Shabra dan Syatilla
pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 5000
orang Palestin terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua.
15.
Pada satu peristiwa 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para
buruh Palestin yang yang sedang menunggu bas di sebuah perhentian untuk
duduk berbaris di atas tanah, kemudiannya menembak mereka dari jarak
setengah meter. Pemimpin Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah
dan bahkan mendapat penghargaan khas dari pemerintah Israel!
16.
Tahukah anda bahawa Kedutaan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat
media Amerika untuk menyiarkan imej positif Israel kepada masyarakat
Amerika dan Eropah.
17.
Perdana Menteri Israel pertama iaitu David Ben Gorion bersepakat dalam
pengusiran secara paksa terhadap semua bangsa Arab daripada Israel.
18.
Rahib besar Israel, Ofadya Yosef yang juga pemimpin Parti Syas (parti
terbesar ketiga di Israel) menyokong tentera Israel untuk ‘membersihkan’
Semenanjung Gaza dari warga Palestin. Bahkan beliau mengeluarkan fatwa
radikal pada hari raya Paskah yang lalu didalam wawancaranya disebuah
radio terbesar Israel:-
“Tuhan
akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan
keturunannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka
dengan siksaan yang pedih. Oleh itu, dilarang semua bangsa Yahudi untuk
memberikan rasa kasih sayang kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap
Yahudi untuk menembak dan mengacukan senjatanya ke arah dada dan kepala
setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang
jahat dan terkutuk.”
19.
Walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan
prasarana pendidikan Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi
negara yang mempunyai bilangan doktor dan pakar perubatan terbanyak di
dunia.
20.
Majoriti buku sejarah dunia mengatakan negara-negara Arab yang
menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967, padahal fakta
yang sebenarnya adalah sebaliknya. Tetapi mereka tetap menegaskan bahawa
serangan itu adalah serangan untuk mempertahankan diri.
21.
Israel adalah satu–satunya negara penjajah yang tidak terikat dengan
konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga asal
Palestin.
22.
Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al
Aqsa dan Shakhratul Qubra (Dome Of Rock) sejak 50 tahun yang lalu dengan
menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. - mynewhub
0 Komentar untuk " 22 Fakta Yang Patut Anda Tahu Disebalik Konflik Palestin-Israel"