Pertelingkahan Sepasang suami isteri sama ada jubbah dipakai wanita itu
menepati syariat Islam atau tidak akhirnya berakhir dengan kekasaran
apabila si isteri di tumbuk di muka juga di pukul dengan penyangkut baju
hingga cedera.
Kejadian beraku di rumah pasangan itu di Setapak di sini kira-kira jam
8.30 malam kelmarin,ketika kedua-duanya bersiap untuk makan malam.
Menurut sumber sebelum kejadia si suami mengajak isterinya makan diluar
,namun apabila si wanita itu mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit
meminta menukar kepada pakaian lain.
‘Lelaki itu berpendapat jubbah yang dipakai isterinya ketat dengan kain
melekat pada tubuh.Jadi ia tidak menutup aurat dan tidak menepati
syariat Islam.
‘’Bagaimanapun si isteri enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat
jubbah yang dipakainya basa sahaja dan sudah menutup aurat,katanya
ketika dhubungi semalam.
Sumber itu berkata bermula hanya dengan perang mulut si suami akhirnya
gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya beberapa kali.
‘’Tidak cukup dengan itu dia turut memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanit itu cedera di mulut dan lebam dibadan .
Mangsa yang cedera mendapat rawatan diklinik berhampiran sebelum membuat
laporan polis mengenai kejadia itu di Balai Polis Setapak.sumber
0 Komentar untuk "Suami Pukul Isteri Kerana Pakai Jubah Ketat & Sendat"