Di sebalik pelbagai kontroversi yang menyelubungi tudung Fareeda
terutama pertikaian tentang tudung yang dikatakan singkat dan tidak
memenuhi syariat, jenama ini terus gah menempa nama di negara ini.
Malah tak keterlaluan dikatakan, minat terhadap tudung ini mencetuskan
fenomena yang biasanya hanya berlaku apabila jenama terkemuka dunia
seperti Apple atau Samsung melancarkan produk baharu.
Bayangkan demi mendapatkan koleksi terbaru Fareeda, ada yang sanggup
tidur di luar butik dan beratur dari pagi sampai ke petang. Dan oleh
sebab ruang butik yang terhad tetapi pelanggan terlalu ramai, sistem
angka giliran terpaksa diperkenalkan. Ya, sampai begitu sekali!
Berikut antara komen pelanggan Fareeda sekaligus membuktikan kesanggupan
sesetengah wanita beratur dan menunggu berjam-jam demi mendapatkan
tudung jenama ini:
Situasi ini pula bukan hanya melanda di Bandar Baru Bangi tapi di semua butik Fareeda termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang.
Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yang boleh membuatkan sesiapa sahaja
yang tidak biasa pasti melopong melihat kegilaan peminat tudung ini.
Paling tak tahan, ada yang sanggup sampai tidur di luar butik
semata-mata mahu jadi orang terawal mendapatkan tudung terbaru jenama
ini!
Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fareeda kerana berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di negara ini.
Ia menjadi bukti produk yang bagus akan ‘bercakap dengan sendiri’ dan
inilah yang dibuktikan oleh tudung Fareeda yang sentiasa tampil dengan
rekaan segar dan tersendiri.
Sumber: Mynewshub
0 Komentar untuk "Pelanggan Sanggup Tunggu Dan Tidur Di Luar Butik Demi Tudung Fareeda"