Miri:
Seorang lelaki tempatan berusia 20-an maut, manakala seorang tekong
sebuah kapal nelayan parah selepas terbabit dengan pergaduhan
membabitkan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah kapal dalam
kejadian di Perairan Miri, di sini, sebentar tadi.
Kejadian jam
11.30 pagi itu dipercayai berlaku akibat salah faham antara mangsa dan
warga Indonesia berkenaan sebelum suspek bertindak menyerangnya
menggunakan sebilah parang.
Tekong
kapal yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan itu, namun
turut diserang suspek terbabit sekali gus menyebabkan tekong kapal
berkenaan parah di leher dan kepala sebelum terjatuh ke laut.
Tekong kapal yang cedera dibawa ke
Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan, manakala polis masih di lokasi
kejadian meneruskan siasatan.
0 Komentar untuk "Lelaki 20-an Parah Dilibas Parang Atas Kapal"