Gombak
: Dia sanggup berpanas dan berhujan, malah menjadikan kereta sebagai
rumah selama tiga bulan dipercayai akibat tekanan selepas kehidupan
mewahnya sebagai kontraktor bertukar menjadi papa kedana apabila
perniagaannya mengalami kerugian.
Lebih
menyayat hati, lelaki berusia 50-an itu sanggup tinggal dengan timbunan
botol air mineral, bekas makanan dan sisa rokok selain sampah sarap
serta diselubungi najis di dalam kereta Proton Saga berkenaan sejak Mac
lalu.
Selepas
pelbagai usaha dilakukan penduduk untuk memujuknya keluar dari kereta
itu kerana bimbang keselamatannya menemui kegagalan, mereka menghubungi
wartawan untuk memaklumkan mengenai keadaan lelaki itu, kelmarin.
Wartawan
yang bergegas ke lokasi sebaik menerima berita itu juga berdepan
situasi sukar apabila usaha memujuknya menemui jalan buntu biarpun
selepas enam jam cuba mengajaknya keluar dari kereta yang menjadi
kediamannya.
Malah,
ikhtiar yang turut disertai Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) bersama beberapa penduduk juga gagal kerana dia langsung tidak
mahu memberikan kerjasama, malah mengherdik orang ramai di situ supaya
beredar dan tidak mahu diganggu. – myMetro Online
0 Komentar untuk "Kontraktor Mewah Tinggal Dalam Kereta Selama 3 Bulan"