Gambar hiasan
Kisah Pasangan Zina Mati Dalam Kemalangan Ngeri - INI
merupakan satu kisah benar yang diceritakan dari pengalaman seorang
ahli bomba dari Utara Semenanjung. Sama-sama kita renungi dan hayati
kisah ini, jadikan pengajaran!
Satu hari beliau dan rakan-rakan telah
menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah
berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya
maka beliau dan rakan-rakan telah ke tempat yang dikatakan oleh
pemanggil namun tiada apa yang terjadi di sana. Dalam perjalanan pulang,
waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.
Di satu persimpangan susur keluar dari
lebuhraya, mereka ternampak sebuah MPV mewah yang terbalik dan remuk
sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan
melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang
terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat
hati. Sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya…
Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah
perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu,
semoga Allah S.W.T melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama
ini. Pemandu MPV mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu
kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga
bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.
Di bahagian belakang MPV mewah tersebut
terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan
dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada
tubuh mereka. Bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu
dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata
tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama
lain, dahsyat sekali. Tulang punggung wanita itu pula hancur.
Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka
lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung
mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam
nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran
suaranya memanggil “Mummy… Mummy… Mummy…”.
Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.
Ahli bomba itu terjelepuk. Tidak pernah dalam
hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan
semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji
besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya
secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang
ramai.
Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus
lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu
roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan
dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata
beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang,
dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang,
mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangandengan gaya orang yang
tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya
kekuasaan-Mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.
Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu
persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan
itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila
terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran
salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan.
Astaghfirullah hal azim!! MasyaAllah!! Apakah yang telah terjadi???
Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri
mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua
lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah Islam dan nama-nama
mereka didahului dengan Mohd dan Nur………
Beginilah akibatnya orang yang telah
melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah
S.W.T. Balasan Allah S.W.T terlalu pantas sehingga kita tidak sedar
ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan
lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang
dilihat?
Mereka akan melakukan kemungkaran hasil
pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya, selagi itu kita mendapat
bahagian dari kemungkarannya itu.
Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan
anak luar nikah? Itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka
dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah
kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat?
Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? Mengapa berlaku kemalangan yang
dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku
ditipu? Mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol,
dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan
dihukum?
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia akan
membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat
dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah
manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepada-Nya walaupun sebesar
mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan
mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk
dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi
itu membuatnya akibat kita.
Wallahualam.. – Webberita
0 Komentar untuk "Kisah Pasangan Zina Mati Dalam Kemalangan Ngeri"