Kenal 7 Tahun, Kahwin Setahun, Asyik Elak Seks – Suaminya Rupanya WANITA! - Biarpun
sudah bercinta lebih dari tujuh tahun dan berkahwin lebih setahun,
suami kepada seorang wanita di Singapuran enggan mengadakan hubungan
seks dengan isterinya.
Wanita itu, Chua Soo Fong, 47, mendakwa
suaminya lebih berminat kepada harta bendanya dari dirinya, sehingga
sanggup memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari mengadakan
hubungan seks, memetik laporan portal Stomp.
Menurut laporan laman portal Lianhe Wanbao,
lebih mengejutkan selepas memfailkan penceraian pada Februari 2011 Chua
mengetahui bahawa suaminya itu sebelum itu merupakan seorang wanita.
Dari laporan mahkamah, ia menyebut suaminya,
Chai Woon Wuy, 51, telah menjalani pembedahan menukar jantina, dan
kemudian mengakui pada isterinya bahawa dia tidak boleh memberikan
zuriat dalam perkahwinan mereka.
Pasangan itu bertemu di internet pada tahun 2002 dan telah mula tinggal bersama ketika menjalinkan cinta.
Dalam masa tujuh tahun, Chua berkata dia dan
pasangannya itu hanya bercium dan tidak langsung menjalankan hubungan
intim biarpun sebumbung.
Selepas berkahwin pada 2009, pasangan mula
memberikan alasan mengelak seks. Chai akan memberikan alasan letih,
tidur di ruang tamu dan juga ada ketika sampai ke tahap tidur di bilik
ahi keluarganya.
“Dia pernah menyuruh saya mencari orang lain untuk mengadakan hubungan seks,” katanya.
Chua berkata ada satu ketika, dia hendak
membeli sebuah apartment berharga SD$730,000 Dolar Singapura di bawah
namanya sebagai rumah mereka pada tahun yang sama, tetapi Chai meminta
menjadi pemilik bersama sebagai salah satu syarat berkahwin dengannya.
Manakala melalui laporan Shin Min Daily News
pula, isterinya berkata suaminya itu kerap meminjam wang daripadanya dan
juga membuat pinjaman daripada bank bernilai SD$80,000 Dolar Singapura.
Biarpun telah bercerai, mereka berdua masih perlu menghadapi prosiding saman berkaitan kes aset.
Sementara itu, bagi pihak Chai pula, dia
sudah kehilangan rasa kasih ke atas isterinya selepas melihat masa depan
mereka bakal menjadi malang selepas berkahwin.
Dia juga sudah tidak merasakan isterinya
mempunyai penampilan yang menarik dan berkahwin dengan Chua hanya kerana
rasa simpati dengannya.
“Ketika saya bercinta dengannga, saya hilang
kerja saya, selepas kami berkahwin, dia berubah menjadi agresif,
mengherdik saya di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah
saya,” katanya. – via MyNewsHub
0 Komentar untuk "Kenal 7 Tahun, Kahwin Setahun, Asyik Elak Seks – Suaminya Rupanya WANITA!"