Pelik Indon Tangkap Kelawar Dan Babi Disyaki Curi Duit Orang Kampung
SITUBONO - Penduduk kampung Sletreng di daerah Kapongan gempar dengan penemuan seekor kelawar yang disyaki seekor haiwan jadian.
Haiwan itu
yang kebiasaannya ditemui berkeliaran pada waktu malam ditangkap ketika
memasuki rumah seorang penduduk tempatan bernama Muhlis.
Selepas haiwan misteri itu berjaya ditangkap, berita mengenainya mula tersebar luas di kampung-kampung lain.
Ekoran itu,
dalam masa yang singkat, rumah Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang
mahu melihat sendiri haiwan berwarna jingga itu yang disyaki jelmaan
ilmu hitam.
"Sebaik
sahaja mendengar cerita mengenai penemuan haiwan itu, saya terus teruja
dan mahu melihat sendiri kelawar berwarna aneh itu," kata Syamsul,
seorang penduduk di kampung tersebut.Muhlis mengakui sukar untuk
menangkap haiwan pelik itu yang didapati masuk ke ruang tempat simpanan
duit di rumahnya.
"Kelawar itu didapati tangkas dan susah untuk ditangkap.
"Haiwan itu hanya berjaya ditangkap setelah saya tidak memakai baju," kata Muhlis.
Bagi
mengetahui sama ada kelawar itu haiwan jadian, ia perlu dimasukkan ke
dalam sebuah balang kaca. Jika ia merupakan haiwan jadian, maka
pemiliknya akan mengambilnya kembali kerana ia sukar bernafas. - AGENSI
Babi Jadian
Makhluk
jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia
benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di
Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor
babi yang dilihat bersaiz kecil. Haiwan ini dipercayai merupakan seekor
babi jadian yang telah mencuri wang penduduk kampung.
SITUBONDO,
Jawa Timur – Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan
penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih
dikenali sebagai babi ngepet.
Makhluk
tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram
ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di
sini.
Babi ngepet
itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang
mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.
“Sejak
berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus
dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.
“Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya,” katanya kepada suaramerdeka.com.
Seorang
penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu
ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.
Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.
“Sudah lama
kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat
kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk
yang mengadu kehilangan wang,” katanya. – AGENSI
0 Komentar untuk "Gempar..!! Penduduk Indonesia Tangkap Kelawar Dan Babi Disyaki Curi Duit Orang Kampung "