Waktu
kita hidup di dunia, buat pertama kali tahu yang manusia ada jenis yang
sama rupa. Mereka adik beradik, dengan muka sebijik ! Itu pun tahu
daripada sekolah.
Bila kita
tahu, bahawa wujud adik beradik kembar ni, kita ingat mereka akan
membesar bersama, pakai baju yang sama, makan dengan pinggan sama
sampaikan nak masuk tandas pun bersamalah.
Namun, di
sebalik segala kesamaan itu, terdapat jiwa yang berlainan antara dua
beradik ini. Yang satu, ada tujuan hidupnya sendiri, ada minat yang
tersendiri sama jugalah pada yang satu lagi.
Seorang
fotographer, Gao Rongguo telah membuat satu projek sendiri dengan
mendapatkan kembar yang telah berusia dan menangkap gambar mereka
sebelah menyebelah.
Tujuannya
adalah untuk membezakan, bahawa kembar pada asalnya memang sama namun
setelah lama kelamaan pasti akan bawa haluan sendiri dengan cara yang
berbeza. Lihatlah perbezaan mereka setelah berusia. Namun, gambar yang
terakhir amat menyentuh perasaan.
0 Komentar untuk "Gambar Perbezaan Adik Beradik Kembar Setelah Mereka Tua"