Mari terbang ke China dan melihat bagaimana latihan para bodyguard perempuan. Sejak tahun 2011 jumlah permintaan akan bodyguard perempuan terus bertambah. Kenaikan itu seiring dengan bertambahnya jumlah usahawan wanita. Sebagai pengusaha kaya, keselamatan mereka seringkali jadi taruhan. Maka mereka memilih dijaga oleh bodyguard wanita agar lebih selesa, namun tentu saja, dengan keselamatan maksimum seperti jika dijaga bodyguard lelaki.
Walaupun para wanita dikenali sebagai makhluk yang lembut, apabila sudah memutuskan hendak menjadi bodyguard, mereka harus meninggalkan semua kelembutan itu semasa berlatih dan bertugas. Foto-foto yang beredar memperlihatkan kekerasan latihan mereka. Para calon bodyguard lelaki dan wanita melalui latihan yang sama, mulai dari bela diri, pertahanan, melindungi orang yang mereka jaga, hingga tidak boleh mengeluh semasa botol kaca dihantamkan di kepala mereka.
Bagi sebahagian orang, latihan-latihan ini kelihatan mengerikan. Namun para calon bodyguard perempuan tahu benar bahawa ini adalah tanggung jawab mereka. Di antara sesi latihan, mereka tetap memberikan senyuman optimis dalam beberapa foto. Salut untuk mereka semua, kerana tidak banyak wanita yang sanggup melalui latihan yang sangat keras ini.
0 Komentar untuk "Wanita-Wanita Cantik Yang Di Latih Oleh Tentera Untuk Menjadi Bodyguard Wanita"