Kisah Seram Di Pulau Pangkor Yang Ramai Tak Tahu | Peristiwa ini
terjadi masa aku masih menuntut disalah satu kolej swasta dshah alam.
Semasa semester ke4(kalau nda silap la) ...subjek yg kami 'ambik'pada
waktu tu tidak la 'power'(susah) sangat,tapi kalau stakat kluar urat2
dikepala tu adala juga.Pada waktu tu,kami tengah mula 'proses' mengumpul
dan mengedit data tuk kami 'present' 2 atau 3 minggu lagi.Idea2 yg kami
ada pun, semua nda dapat diguna pakai.Tengah kami pening2 mencari
idea,adalah sorang member ni.."Hoi jom ki pi Pulau Pangkor,untung2 kita
dpt idea nnti"."Ala..jgn la korang nak tipu,korang takkan dpt siap punya
la ..bahan tuk presentation nanti".Sambungnya lagik..O ya..org yg sebut
ayat ni adalah Johan(nama samaran).Dia ni terkenal sebagai sorang
pelawak komedi sepenuh masa dikalangan member2 kelas.
Seperti ngantok dihulurkan tilam,kami sebulat suara bersetuju dgn
cadangan yg diberikan.Para 'rombongan' ini terdiri drp 4 org sabahan dan
sorang selangoran iaitu Budin,Johan,Fendi,Saipul dan aku sendiri.'Tuk'
mengelakkan drp diketahui umum(pelajar lain) kami merahsiakan 'perihal'
rombongan kami ini drp mrk.
Untuk sampai dr selangor ke Perak dan terus ke Pangkor mengambil ms
kira2 3 jam(kalau nda silap la).
Sampai jak kami d pangkor, kami tlh mengambil sebuah teksi tuk
menghantar kami ke resort yg tlh kami tempah sejak awal lagi dan agak
tersembunyi skit drp masyarakat setempat.Tapi apa yg tidak bestnya..tuk
pegi ke resort yg akan kami diami tu,kami kena lalui satu kwsn tanah
perkuburan.Pd mulanya kami semua tidaklah berasa takut ataupun
seram,maklum la hari masih siang. Selepas menyusun semua beg2 dalam
bilik,kami mulalah bergembira, mandi manda, bersorak sakan dan mcm2 lagi
sementara menunggu hari senja.
Bila mlm menjelma,kws sekitar tempat kami diami agak sunyi dan gelap.
Perut pula mula meronta2 minta diisi.'Ha! apa lagi yg korang nak
tunggu,jom la..kata nak makan kan..aku bawa korang kat tmpt best".ujar
Johan bersungguh2."Jauh ke Johan tmpt tu?"List meminta
kepastian."Takla".Jwp Johan Selamba."Ala..jom la..mlm la best ckit nak
jalan baru 'thrill'".sambung Johan lagi.Walaupun jam menunjukkan pd
pukul 8.30mlm,ada diantara kami yg agak keberatan utk kluar mkn pd mlm
itu..maklumla..dkt dgn kwsn perkuburan la katakan.Dgn 'berbekalkan' 3
biji motor kapcai lama,kami meredah malam yg gelap(angker). tu dgn
perasaan berani2 takut.
Preng...preng..bunyi nyaring moto kapcai kami berbunyi...seakan2 pd mlm
itu hanya kami berlima shja yg berani kluar pd malam tu.Setelah jauh
perjalanan,naik turun 2 buah bukit,kami pun sampai ketempat 'best' yg
telah dinyatakan leh Johan..tupun setelah mengambil masa hampir setengh
jam perjalanan.Tempat yg dikatakan 'best' ni..tidaklah begitu best
sgt..yg best pun psl tmpt tu bleh berkaraoke.
Setelah hampir sejam makan sambil berkaraoke,kami pun mengambil kputusan
tuk berangkat pulang.Pd mulanya..kami tlh bersepakat akan menunggang
motor bersama2..dan jgn tinggalkan sesiapa pun bersendirian..entah apa
sebab pd mlm tu..dtg gila Johan..terus memecut laju membawa motor
mereka(Saipul) meninggalkan kami bertiga.
Aku pula tidak mau ketinggalan trus memecut laju ..cuba mengejar
mereka.Umpama indah khabar dari rupa..walaupun motor yg aku bawa
berbunyi agak nyaring spt mat rempit..tetapi ternyata aku tidak dpt
mengejar Johan ngan Saipul."Ah..peduli la mereka,.baik aku sama2 dgn
diorang Fendi ngan Budin."Aku ckp sendirian.Bila aku toleh
kebelakang,rupa2nya diorang Fendi ngan Budin tidak ada
dibelakang..mungkin masih berada dkt gerai tadi.Aku terpaksa menunggu
mereka tuk bersama2 naik bukit(takut siot).
Setelah agak jauh ditinggalkan oleh mereka(Johan&Saipul)..tidak jauh
dr situ,aku ternampak ada sorang lelaki spt cuba mengejar motor yg
dibawa Johan.
Bila tidak dpt kejar..lelaki itu bersembunyi pula disebalik pokok kelapa
yg tidak jauh didepanku.Aku terpaksa memberhentikan motor ku jauh dari
pokok kelapa itu..manala tau takut2 orang tu mungkin kurang
siumanka(suspen ga la time ni).Aku mengambil sebatang kayu sebagai alat
tuk aku pertahankan diri jika ia cuba menyerang.
Lima minit hampir berlalu..jangankan lubang hidung..bunyi motor pun
tidak kedengaran pd mlm itu.Dgn ditemani lampu2 jalan raya..aku
memberanikan diri tuk menunggu mrk lima minit lagi.Semasa menunggu,bunyi
ombak sayup2 kedengaran tidak jauh dr tmpt aku menunggu.Sesekali bunyi
cengkerik dan katak turut menemani ku pd waktu tu.."Nampaknya aku tidak
la jg brasa sunyi sangat"kataku sendirian.
Sambil memegang erat kayu ditangan aku sentiasa memerhati org yg masih
bersembunyi dibelakang pokok kelapa itu.Sekali sekala,'orang' itu
terhendap2 melihat kearah ku.Memang Sah!ni mesti orang gila.
5 minit tlh berlalu..aku tidak boleh menunggu lebih lama lagi,.semakin
lama aku menunggu,semakin itula aku dpt rasa 'keangkeran' yg mungkin
terjadi bila2 masa ..lebih2 lagi aku perlu berhati2 dgn 'orang' yg
berada disebalik pokok kelapa itu.Dengan kelajuan 60km sejam,aku membawa
motor ku dengan penuh suspen..mata pula masih tertumpu ke pokok kelapa
tadi.Apabila berada agak dekat dengan pokok kelapa itu,dengan kayu
ditangan kiri..aku bersiap sedia utk segala kemungkinan yg mungkin
terjadi.Bila dah dekat...aku agak terkejut kerna tidak ada sorang pun
berada disitu.Eh!sejak bila pula orang tu cabut lari.sedangkan setiap
masa..aku sentiasa memerhati 'orang' yg terhendap2 disebalik pokok
kelapa itu.
Ah sudah!Tiba2 seluruh tubuh badan ku seram sejuk,kpala lutut pla mcm
mau tercabut .Seperti orang hilang akal,aku memecut laju motor yg ku
bawa agar dpt naik bukit dgn cepat.Seolah2 'orang' itu berada dibelakang
ku sambil meniup2 nafasnya ketelingaku.Tidak cukup dgn meniup..aku dpt
rasa ia memaut pinggangku(ewah
ni sda lebih ni).Aku tekad,apa ja terjadi pada malam itu..jadilah.Oleh
krn gangguan itu,aku berharap motor yang ku bawa terbabas dan aku pula
jatuh pengsan..yala..lebih baik pengsan dan tidak 'sedar', daripada kita
sedar.. ada makhluk halus yg sedang 'menumpang' dibelakang
kita.(SERAM..SIOT)
Setelah agak jauh drp kwsn bukit dan byk 'menyumpah',entah bagaimana aku
bleh berada dkwsn(ada byk gerai dan orang ramai) tempt letak kereta..
Dalam aku cuba 'menenangkan' diri,aku teringat kembali perkataan
'thrill' dr Johan.Agaknya ini la 'thrill' yg dimaksudkan oleh Johan
tadi..kurang asam btul la..ni la kalau mulut celupar..."Nanti ko
Johan..aku jumpa ko nanti,aku langgaar buah pinggang ko karang."aku ckp
dlm hati sambil 'mengoder' milo ais dari gerai yg berdekatan.
Sumber: Bloghantuku
0 Komentar untuk "Kisah Seram Di Pulau Pangkor Yang Ramai Tak Tahu "