Kisah Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu | Siapa
tak pernah makan burger Ramly?!! Mesti semua pernahkan. Kali ini Nora
nak share satu lagi kisah kejayaan usahawan Melayu yang tidak asing lagi
sejak 20 tahun lalu - Ramly Mokni, pengasas dan pemilik Ramly Burger.
Ramly Mokni
merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan
patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.
Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi
terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan
berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau
telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger
sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping
sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan
tahunan kini mencatat RM100 juta.
Daripada
pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah
pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk
beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau
untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk
dimakan oleh umat Islam di negara ini.
Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya.
Ramly
mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain
termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan
ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di
Singapore juga.
Ramly
juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun
2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya
walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli
perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah
membawanya ke gerbang kejayaan.
"If you envy successful people, you create a negative force field of attraction that repels you from ever doing the things that you need to do to be successful. If you admire successful people, you create a positive force field of attraction that draws you toward becoming more and more like the kinds of people that you want to be like."-Brian Tracy
Sumber: Beauty Shoppe
0 Komentar untuk "Kisah Pengasas Ramly Burger Yang Ramai Tak Tahu "