“Mak, adik tak buat dah, sakit”.
Itu raungan terakhir Mohammad AKhil Mustaqim Rashidy, 6, ahad yang lalu.
Jiran yang hanya mahu dikenali sebagai
Maria, 40-an berkata mangsa sekeluarga baru berpindah ke kawasan
perumahan itu empat bulan yang lalu.
Bagaimanapun, sejak berpindah, Maria selalu mendengar anak-anak pasangan itu termasuk mangsa menangis akibat dipukul.
“Petang ahad lalu, saya mendengar suara mangsa meraung kesakitan lebih sejam akibat dipukul emaknya tanpa henti.
“Dia menangis dan meminta emaknya berhenti memukul, tetapi tidak dipedulikan oleh wanita itu.” jelas Maria.
Mohammad Akhil disahkan meninggal dunia
jam 6 petang kelmarin di Hospital Ampang kerana kecederaan parah di
seluruh badan akibat dipukul dan melecur tahap satu dipercayai disimbah
air panas.
Kaki kiri mangsa patah, seluruh badan
lebam dan melecur. Ada kesan baru dan lama. Hasil pemeriksaan doktor,
mangsa sudah didera sejak 6 bulan lalu.
Kanak-kanak malang itu dibawa ke
Hospital Ampang oleh bapa tirinya jam 2 petang sebelum disahkan
meninggal dunia selepas empat jam menjalani rawatan.
Bapa tiri mangsa yang berusia 35 tahun itu kemudiannya menghilangkan diri selepas menghantar anak tirinya itu ke hospital.
Jelas Maria lagi, pada malam kejadian, dia ada ternampak mangsa berjalan longlai dan kelihatan lemah.
“Pada Isnin, saya melihat datuk mangsa
yang menghantar salah seorang cucunya pulang dari sekolah mengetuk pintu
rumah mangsa, tetapi selepas lama mengetuk baru dibuka” katanya.
Ketika itu, dia mendengar ibu mangsa
menangis memberitahu mahu ke hospital dan mereka mendukung mangsa yang
kelihatan sudah tidak sedarkan diri keluar dari rumah berkenaan.
Malah, Maria mendakwa kakak kepada mangsa yang masih bersekolah rendah juga sering menjadi mangsa dera ibu bapanya.
Mayat mangsa dibawa ke Masjid Bandar
Baru Ampang untuk disembahyang sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam
Teratai Ampang selepas waktu Zuhur.
Sementara itu, bapa kandung mangsa,
Rashidy Nordah, 37, dia berpisah dengan isterinya pada 2009 dan lima
anak termasuk mangsa berada di bawah penjagaan bekas isterinya.
Dia mendakwa tidak dapat berjumpa dengan semua anaknya berusia 13,11, 9,6 & 5 tahun itu kerana isterinya berpindah.
Rashidy berkata, dia mendapat tahu
mengenai kejadian malang ini melalui bekas isterinya yang menghubunginya
pada jam 2.30 petang kelmarin.
“Saya terkejut menerima berita malang ini bagaimanapun redha dengan pemergian Akhil,” katanya.
Bapa tiri dan ibu mangsa dera seorang
kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditahan di rumah mereka di Ampang
bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan. – Berita Milik Harian Metro
0 Komentar untuk "Kejam: Gambar Budak 6 Tahun Maut Didera Dan Disimbah Air Panas Oleh Ibu Kandung "