>>>>>

Astro Akui Cuai, Perjelas Insiden Mesej Lucah Dalam 'Oh My English!'


Pada Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej berbaur lucah menerusi Twitter untuk sairan 'Oh My English' musim ketiga yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.

Hal itu telah mengejutkan ramai pihak apatah lagi sitkom berkonsepkan pendidikan itu mempunyai ramai peminat terdiri dikalangan kanak-kanak hinggalah golongan remaja. Justeru, perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku.

Memetik kenyataan di sebuah portal, stesen yang menerbitkan program tesebut iaitu Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah tersebut terlepas pada tontonan umum.




Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.

Kami kesal apabila dimaklumkan beberapa mesej akaun Twitter yang dikirim penonton dalam OME telah digodam sehingga menyebabkan mesej yang tidak diingini itu muncul dalam rancangan tersebut.

"Biasanya kami menerima puluhan ribu mesej Twitter setiap hari. Kami memohon maaf kerana mesej berkenaan dikeluarkan secara tidak sengaja,” kata jurucakap stesen berkenaan

Berikutan kejadian itu Astro berjanji akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang. Pihak stesen tersebut juga menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.

"Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat," katanya.


'Oh My English' musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu

0 Komentar untuk "Astro Akui Cuai, Perjelas Insiden Mesej Lucah Dalam 'Oh My English!'"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info