>>>>>

10 Suspek Di Tahan Bagi Membantu Siasatan Pelajar Wanita Di Rogol 38 Lelaki

Polis menahan 10 individu termasuk seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan kes dua pelajar dirogol 38 orang dalam kejadian di Ketereh, Selasa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, salah seorang suspek yang ditahan adalah mangsa rogol berusia 15 tahun.

Katanya, empat daripada suspek ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam manakala selebihnya ditahan jam 3.30 pagi tadi.

"Semua suspek ditahan di Kampung Hutan Pasir dan Kampung Padang Lembek.

"Polis masih lagi mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
0 Komentar untuk "10 Suspek Di Tahan Bagi Membantu Siasatan Pelajar Wanita Di Rogol 38 Lelaki"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info