USTAZ MUSTAFFA KAMAL JAWAB ISU VIDEO KOMPILASI HADIS PALSU DAN
PENDUSTAAN USTAZ DON DANIYAL | Video yang disebarkan Nur Puteri Dayana
yang bertajuk KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL mendakwa
Ustaz Don Daniyal berdusta dan menyebarkan hadith palsu dalam
ceramahnya.
Namun, ia menjadi isu besar apabila terdapat campurtangan dari Wardina Safiyyah yang menegur Ustaz Don Daniyal secara terbuka di laman facebook
dan mendapat pelbagai reaksi dari pengguna-pengguna laman sosial.
Apa pula kata Ustaz Mustaffa Kamal?
Jom kita baca.
"Orang bertanya tentang Ustaz Don pada ustaz. Ustaz kata " Ustaz Don lebih alim daripada ustaz. Mengenai cerita yang diceritakan oleh Ustaz Don memang ada dalam kitab2 lama, ustazpun ada baca kisah tu tercatat dalam kisah2 aulia, jangan cepat kata cerita palsu,lagipun kisah2 orang soleh yg utamanya kita ambil iktibarnya.Cukuplah anta cari kitab2 yg dikarang oleh Syeikh Abdul Ar Rahim Fathoni dan Syeikh Uthman bin Hassan.InsyaAllah ada kisah ini dalam kitabnya.Kedua2 ulama ini orang soleh dan nak karang kitab solat taubat dan sunat hajat sbb tu kitab mereka ada barakahnya".
"Ustaz tak berani nak tuduh orang sembarangan apatah lagi ustaz tahu keadaan ustaz yg jahil, Siapa yg kata pada ustaz Don tu, dia tu org alim ke".
Jawabnya "Dok lah malas nak kabar la ustaz".
"Kalau macam tu jgn kabor ke ustaz sbb ustaz tak nak tahu".
Catatan BRADO KAPAK
Ustaz Don.
Kebelakangan
ini banyak diperkatakan tentang Ustaz Don. Ada sahaja cakap-cakap buruk
ditimbulkan untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don. Terkini, Wardina
Safiyyah kononnya menegur Ustaz Don dan menyeru para ulamak untuk
menyemak semula apa yang Ustaz Don perkatakan.
Bagi
saya, apa yang tersebar sekarang ini tidak lain adalah satu usaha
menjatuhkan kredibiliti Ustaz Don kerana beliau sudah mula bercerita
tentang akhir zaman. Ada satu facebook bernama Puteri Diyana, pada saya
pemegang akaun facebook ini agak jahat orangnya kerana telah banyak kes
dia cuba melaga-lagakan ilmuan Islam dalam negara kita. Dahulu ada kes
berkenaan para Habaib, sekarang buat kes pasal Ustaz Don pula.
Pada
saya, apa yang Ustaz Don sampaikan terutamanya tentang bani Tamim itu
adalah untuk memberi kesedaran kepada orang Melayu. Walaupun terjemahan
dan tafsiran mengenai Bani Tamimnya itu silap, tetapi Ustaz Don telahpun
melangkah satu langkah kehadapan kerana berani tampil dikhalayak dan
bercerita tentang akhir zaman dan kebangkitan Islam dari Nusantara.
Masih ramai yang belum sedar walaupun sudah banyak peringatan yang
diberi.
Lain-lain
kesilapan Ustaz Don, pada saya tidak boleh dinilai dgn hanya menonton
satu video kompilasi yang dibuat oleh akaun Puteri Diyana itu. Kerana
itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab setelah mengedit dan
mencampurkan banyak video menjadi satu yang mana ia akan melahirkan satu
tanggapan negatif terhadap Ustaz Don.
Kepada
yang telah terpengaruh... diharap dapat berlapang dada dan lihatlah
kembali serta selidiki, SIAPA yang menyebarkannya dan SIAPA yang cuba
menegurnya?? Kalau bukan ilmuwan, itu adalah satu usaha untuk
memecahbelahkan umat Islam dan harus dijauhi.
Sekian pesanan saya.....
Pesanan ini ditulis setelah banyak inbox dihantar kpd sy. InsyaALLAH akan bertemu Ustaz Don sekitar 2 minggu lagi.
Salam....
-sumber-
0 Komentar untuk "Ustaz Mustaffa Kamal Jawap isu Ceramah Ustaz Don "