KOTA KINABALU - Seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort
berasal dari Filipina dilarikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah resort
di Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum Semporna, dekat sini,
malam tadi.
Menurut laporan West China Metropolis Daily, ia berlaku di Singamata Reef Resort malam tadi.
Akhbar tersebut memetik pengurus hotel tersebut yang hanya dikenali sebagai Vicky sebagai berkata lima hingga enam orang bersenjata menyerbu pusat peranginan itu pada kira-kira jam 10.30 malam dan lari dengan menaiki bot sejurus kemudian

Pelancong wanita China itu dikenali sebagai Gao Huayun yang berusia
dalam 20-an dari Shanghai manakala pekerja wanita hotel tersebut adalah
rakyat Filipina.
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)
Datuk Mohammad Mentek mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada
kira-kira pukul 10.30 malam.
"Kita menyerahkan perkara ini kepada polis untuk membuat siasatan
lanjut dan seterusnya memberi laporan penuh," katanya dalam satu
kenyataan ringkas di sini, hari ini. -Bernama
0 Komentar untuk "Seorang Pelancong China Dan Seorang Pekerja Resort Diculik Di Semporna"