Prof Izzi Haji Ali masih berdiam diri mengenai kes cabul pelajar UITM
Arau Perlis. Walaupun pelbagai persoalan dan pertanyaan diajukan kepada
Prof Izzi menerusi laman sosial, ternyata pensyarah dan pakar motivasi
terkenal itu mengambil tindakan untuk tidak menjawab segala spekulasi
yang melanda dirinya. Ramai pihak berharap agak Prof Izzi dapat
menjelaskan perkara sebenar bagi membersihkan namanya.
Namun, tindakan
berdiam diri hanya lebih memburukkan keadaan kerana ramai pihak
memberikan tanggapan negatif terhadapnya. Menerusi pemantauan pihak
kami, kali terakhir beliau mengemaskini laman sosial miliknya adalah
pada 5 April 2014 dimana tarikh tersebut adalah bermulanya penyebaran
kes cabul tersebut.
0 Komentar untuk "Prof Izzi Hanya Ambil Sikap Berdiam Diri Dahulu Berkenaan Kes Raba Pelajar"