>>>>>

Ngeri! Warga Emas Bergaduh Dengan Parang Hampir Pecah Kepala (2 Foto)

Ngeri! Warga Emas Bergaduh Dengan Parang Hampir Pecah Kepala (2 Foto) | Kebiasaannya kes pergaduhan yang melibatkan adegan ngeri, hanya berlaku pada golongan muda. Namun di Sungai Siput,Perak ini satu kejadian pergaduhan telah berlaku melibatkan sepasang warga emas yang sememangnya suami isteri. Mereka bukan bergaduh menggunakan pinggan mangkuk tetapi menggunakan parang. Ekoran daripada kejadian tersebut, masing-masing telah mengalami kecederaan parah terutama di badan dan kepala.

gado1
Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang.
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.

gado2
Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.

Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Sumber : Informasi
0 Komentar untuk "Ngeri! Warga Emas Bergaduh Dengan Parang Hampir Pecah Kepala (2 Foto)"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info