>>>>>

Mengerikan: Setelah Melihat Ini, Mungkin anda Tidak Ingin Makan Sosej Selamanya

Dipetik oleh Dailymail.co.uk, video ini dibuat oleh Discovery Channel di sebuah kilang sosej. Agak mengerikan membuat video ini, bahkan beberapa orang merasa agak mual. Dalam video ini, anda akan melihat bagaimana sosej yang enak itu dibuat.


Sosej adalah makanan segera yang sangat praktikal. Rasa yang enak, gurih dan murah membuat sosej menjadi bahan makanan yang disukai banyak orang. Namun tahukah anda bagaimana proses pembuatan sosej di kilang? Lihatlah video ini, mungkin anda akan berubah fikiran. 


Awalnya, pelbagai jenis daging dikumpulkan, daging yang dipakai bukan daging berkualiti premium, biasanya ini adalah daging hampas atau sisa di tempat penyembelihan. Daging-daging itu digiling menjadi satu. Kemudian ditambah bahan lain, iaitu garam, pati, perasa daging, pewarna dan pengawet dan sebagainya.  




 

Adunan yang sudah agak keras itu dimasukkan dalam tong besar. Kemudian diolah lagi menjadi bentuk yang lebih cair (hati-hati kalau merasa mual saat melihatnya). Untuk memberi sedikit rasa manis dan enak, ditambah sirap khusus, ditambah pengemulsi supaya adunan halus, baru kemudian sosej dicetak. Lalu bagaimana caranya supaya ada aroma daging yang melekat pada sosej? Ada cecair khusus yang disembur, sehingga aromanya menyerupai daging panggang. Kemudian sosej disiram air masin sebelum dibungkus. Kita tidak tahu bagaimana keadaan kilang sosej di malaysia, tapi seperti inilah kira-kira gambaran kilang sosej di sebuah syarikat luar negeri.
0 Komentar untuk "Mengerikan: Setelah Melihat Ini, Mungkin anda Tidak Ingin Makan Sosej Selamanya"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info