>>>>>

[Kisah Benar] Wanita Ini Melakukan Pembedahan Caesar Sendiri Untuk Melahirkan Bayinya

Kasih Ibu, kepada anak
Tak terhingga sepanjang masa
Hanya memberi, tak harap kembali
Bagai sang suriaa menyinari dunia Begitulah sepenggal lirik lagu yang memang benar adanya dengan contoh kesdi bawah ini.

Inés Ramírez Pérez, Satu2nya wanita di dunia yang berhasil melakukan pembedahan sesar pada dirinya sendiri.






 

sejarah

Inés Ramírez Pérez (1960) adalah seorang wanita mexico yang berasal dari Wilayah Oaxaca yang telah merampas perhatian awam kerana kejayaannya melakukan bedah ceasar terhadap dirinya sendiri pada tahun 2000, membuat dirinya menjadi satu2nya orang di dunia yang diketahui berjaya melakukan pembedahan ceasar tersebut.

Ines Ramírez Pérez adalah seorang petani yang tinggal di pinggir mexico. Dia boleh berbahasa Zapotec dan sedikit bahasa Sepanyol. Walaupun dirinya tidak mempunyai pengetahuan di bidang perubatan, namun dia telah berjaya melakukan pembedahan ceasar pada dirinya sendiri, Dia dan bayinya selamat.

Ramírez sedang sendirian berada di dalam pondok (rumah) nya ketika perutnya tiba2 kesakitan (sudah mau melahirkan). Sedangkan bidan terdekat berjarak lebih dari 50 batu yang harus dilalui dengan medan curam dan jalan yang rosak. Suaminya, yang sebelumnya pernah menolong dirinya pada proses persalinan anak sebelumnya, sedang minum2 di bar sekitar.

Rio TALEA ( Kawasan tempat dia tinggal ) hanya berpopulasi 500 orang dan hanya mempunyai 1 telefon , dan jaraknya pun cukup jauh . Ramírez telah melahirkan lapan anak , tujuh anak hidup dan satu meninggal . Kehamilan dia yang terakhir kira-kira 3 tahun yang lalu ( 1997 ) , berakhir dengan keguguran pada saat dia kesakitan ( ingin melahirkan ) dan kerana jarak bidan yang jauh . Dan berkaca pada pengalaman tiga tahun lalu tersebut yang menyebabkan keguguran bayinya , Ramírez pun nekad untuk membedah sesar dirinya sendiri .

proses pembedahan

Saat tengah malam , 5 Mac 2000 - Setelah 12 jam merasa kesakitan terus menerus , Ramírez duduk di sofa dan menenggak 3 gelas kecil minuman keras ( sebagai anestesi ) . Dia lalu menggunakan pisau dapur dengan panjang sekitar 15 cm untuk membelah perutnya sendiri dalam 3 percubaan . Ramírez menghiris sekitar 17 cm ( garis menegak ) dan beberapa cm di sekitar kanan pusatnya , bermula dari sekitar bawah tulang rusuk dan berakhir pada kira-kira pubic area ( daerah kewanitaan ) . Selepas membedah dirinya sendiri sekitar sejam , dia berjaya menjangkau ke dalam rahimnya dan menarik keluar bayi laki2 nya . Dia lalu memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan menjadi tidak sedarkan diri . Dia menggunakan pakaian untuk membalut lukanya setelah dirinya sedar , dan mengutus anak lelakinya ( maksudnya : kakak si bayi ) untuk mencari pertolongan .

Beberapa Jam Kemudian

Beberapa jam kemudian , pegawai kesihatan desa dan wakil ketua desa mencari Ramírez dalam keadaan sedar dan siap sedia , bersama dengan bayinya . Pegawai tersebut akan menjahit bekas bedah Ramírez dengan jarum dan benang yang tersedia .

Ramírez lalu segera dibawa ke klinik tempatan , yang berjarak 2 1 / 2 batu dan lalu dibawa ke hospital terdekat , kira-kira 8 jam menggunakan kereta . 16 jam selepas berada di hospital , dia menjalani pembedahan pembaikan pada wilayah pembedahan ceasar tersebut . Dan pada hari ke - 7 dia di hospital , dia menjalani pembedahan yang kedua untuk mengelakkan komplikasi yang terjadi kerana kerosakan pada ususnya yang terjadi pada proses bedah ceasar yang telah dia lakukan . Dia keluar dari hospital selepas hari ke - 10 , dan berehat di rumah untuk menjalani pemulihan total .

Menjelaskan pengalamannya , Ramírez berkata , " Aku tidak ingin merasakan " luka " yang sama lagi ( kerana kematian bayi sebelumnya ) . Jika bayiku akan mati , maka aku memutuskan aku juga akan mati . Namun bila bayiku akan tumbuh besar , Aku juga akan melihatnya tumbuh besar dan aku akan selalu bersamanya . aku fikir Tuhan telah menyelamatkan nyawa kami berdua . "

Ramírez dipercayai sebagai satu2nya orang yang berjaya melakukan bedah sesar pada dirinya sendiri . Kesnya telah dicatatkan dalam International Journal of Gynecology & Obstetrics terbitan Mac 2004 .

Dia juga dipercayai telah mempunyai nasib yang sangat beruntung pada saat itu , dilihat dari beberapa hal : Dengan meletakkan dirinya , yang mana membuat rahimnya , bukan ususnya , menghadap ke dinding abdominal di sekitar kawasan pembedahan ; Untuk tidak mengalami jangkitan yang berbahaya dari luka yang terbuka lebar dalam sebuah keadaan tempat yang tidak steril ; Untuk tidak mengalami pengsan dalam menahan sakit akibat bedahan , mati dalam keadaan perut terbedah atau mati kerana mengalami kejutan .
0 Komentar untuk "[Kisah Benar] Wanita Ini Melakukan Pembedahan Caesar Sendiri Untuk Melahirkan Bayinya"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info