Selain itu, Malaysia juga tidak pernah
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel. Jadi kenapa bendera
berkenaan ada dikibarkan disana? Adakah ada pihak yang sengaja mahu
mencetuskan kekecohan atau sebagainya?
Punca bendera Israel dikibarkan di Tuaran Sabah akhirnya terjawab.
Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan menerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.
Filem berkenaan menceritakan berkenaan
pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut.
Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang
bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke
resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.
Sumber: melvister.com
0 Komentar untuk "Inilah Sebab Kenapa Bendera Israel Di Kibarkan Di Sebuah Resort Di Tuaran Sabah"