Manchester United akhirnya rasmi memecat David Moyes sebagai pengurus pasukan tersebut pada Selasa (22/4/2014). Demikian pengumuman di Twitter rasmi kelab yang di panggil red Devil itu @ manutd.
"Manchester United mengumumkan bahawa David Moyes telah keluar dari kelab. Kelab menyatakan terima kasih atas kerja keras, kejujuran, dan integriti yang ditunjukkannya selama melatih," demikian pengumuman yang dirangkum dalam dua tweet saja.
Kabar pemecatan David Moyes berhembus kencang sejak Isnin lalu. Namun, tiadk satu pun yang mengesahkan. Info terkini yang dilaporkan oleh Skysports, nasib pengurus asal Scotland itu ditentukan dalam tempoh masa 24 jam.
Kabar tersebut terkeluar selepas MU tewas 0-2 dari Everton pada lanjutan Premier League di Stadium Goodison Park, Ahad (20/4/2014). Itu adalah kekalahan ke-11 MU sepanjang musim ini. Red Devil pun dipastikan tidak akan meyertai Liga Juara-Juara untuk kali pertama sejak 19 tahun terakhir.
Menurut khabar yang diberitakan, keluarga Glazer selaku pemilik MU disebut marah selepas Wayne Rooney dan kawan-kawan dikalahkan The Toffees. Mereka menilai, dana besar yang sudah dikeluarkan pengurusan MU tidak setanding dengan prestasi yang dicapai Moyes.
Ini kerana, MU beberapa kali mengisi laman depan pelbagai media Inggeris ketika menandatangani Marouane Fellaini dari Everton dan Juan Mata dari Chelsea dengan sejumlah dana yang besar. Belum lagi melihat lanjutan kontrak Wayne Rooney, yang menjadikannya pemain bergaji tertinggi di Inggeris (300,000 pounds per minggu).
Salah satu pemerhati bola sepak Skysports, Tony Cottee, menilai, kabar ini muncul kerana, salah satunya, Moyes telah kehilangan sokongan dari beberapa pemainnya. Hal itu boleh dilihat dari rancangan Danny Welbeck yang ingin keluar dari Old Trafford pada akhir musim ini.
Sebagai Salah Seorang Dari jutaan peminat setia Manchester United Kami disini amat berterima kasih kepada David Moyes yang telah berusaha sekuat mungkin untuk memimpin Manchester united ke arah yang lebih baik apabila menggalas tugas yang telah di serahkan kepada sir alex fergeson itu.Apapun #thankyouMoyes
0 Komentar untuk "David Moyes Sah Di Pecat Dari Manchester United"