Seperti yang di lapor Carley Watts (24), model glamor yang biasa menjadi model pakaian dalam, merubah penampilannya dengan menutupi tubuhnya dengan tudung. Langkah itu ia lakukan setelah dirinya memutuskan menjadi mualaf dan hendak berkahwin dengan seorang pegawai penjaga pantai asal Tunisia, Mohammed Salah (25).
Model asal Dearham, Norfolk ini bertemu dengan Salah sekitar bulan April lalu. Keduanya jatuh cinta hingga akhirnya memutuskan untuk segera berkahwin. Keputusan itu pun mengejutkan rakan-rakannya. Kepada The Sun, Ahad (18/8/2013), ia mengatakan bahawa rakan-rakannya memang tak percaya atas keputusannya tersebut.
Ia mengatakan bahawa dirinya tak ingin lagi menjadi model glamor yang lekat dengan kehidupan malam. Dimana dirinya kerap kali mendatangi satu kelab malam ke kelab malam lainya dengan mengenakan pakaian seksi yang mengumbar kemolekan tubuhnya. "Saya tidak mahu seperti dulu lagi," katanya.
Sebagai model glamor, tambahnya, ia selalu mempamerkan belahan payudaranya, berpakaian dengan pakaian mini dan kerap kali bertindak keterlaluan. Tak jarang ia juga mabuk minuman keras dan menari sepanjang malam dengan hanya mengenakan pakaian dalam saja. "Sekarang kehidupan saya berubah atas dasar keyakinan, saya tak bimbang," tambah janda satu anak ini. Ia menambah bahawa kehidupannya kini sangat membahagiakan baginya. Ia baru merasakan dimana perempuan diperlakukan secara terhormat.
1 Komentar untuk "Bekas Model Pakaian Dalam Wanita Ini Tutup Aurat Dan Bertudung Penuh"
bagus lah mcm tu.