BACA: Bergaduh Besar, Fiza Elite Failkan Penceraian Di Mahkamah Minggu Lalu?
Adam AF dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru ini dan meminta semua memberikan mereka ruang selain mendoakan yang terbaik.
“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.
Mereka berdua juga khabarnya sudah sepakat untuk tidak mengeluarkan apa apa kenyataan buat masa ini dan meminta semua pihak agar memahami keadaan mereka.
Dalam masa yang sama juga, Fiza Elite melalui akaun Instagram beliau telah dilihat memuat naik status yang semakin menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan mereka yang membacanya.
Adam AF dan Fiza Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. (rotikaya)
0 Komentar untuk "Adam AF Enggan Komen, Fiza Elite Muat Naik Status Penuh Tanda Tanya "