>>>>>

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah Yang Perlu Diambil Tahu



Seperti yang kita ketahui, ketika ini sedang kecoh diperkatakan berkenaan dengan Syiah yang sedang mengganas ketika ini di Syria. Kekejaman Syiah di Syria sedang dibendung ketika ini. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang ciri-ciri syiah yang disebarkan & diajar kepada para juhalak ( orang jahil ) di malaysia & lain2 negara di dunia,
Mengikut kajian oleh sumber terpercaya barat, puak sesat ini iaitu syiah tak sampai 13% pun dari bilangan umat Islam sedunia.
Cuma puak sesat ini suka mengada2kan berita kononnya mereka mempunyai bilangan yg ramai di Malaysia & di dunia..

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.
13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H]
Tolong sebarkan kesesatan syiah ini
0 Komentar untuk "23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah Yang Perlu Diambil Tahu"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info